Wednesday, 8 June 2016

The Special

ANAK ISTIMEWA
Topik biasa yg orang lain biasa dgr tapi ini kisah aku dan anak istimewa.

PERISTIWA 1
Amy dan Azmi adik beradik yang Allah kurniakn mereka kepada ibubapa mereka dalam keadaan tidak cukup tapi aku begitu kagum dengan mereka. Mereka mengerti azan dan memulakan enjin motor ke masjid, mereka mengerti apa itu masbuk, mereka mengerti apa itu solat ba'diah dan qobliah. Mereka juga mengerti bahawa mereka mempunyai 7 adik dibawah, mereka yang mengambil adik2 dari sekolah, juga menghantar ke sekolah. Seharian mereka hanya ke masjid dan sekolah. Lihat sahaja luaran mereka, manusia seakan sudah tahu mereka menghidapi Autism. Tapi sungguh Allah Maha Adil, mereka sungguh membantu ibu bapa mereka.

PERISTIWA 2
Hawa. Secantik nama, matanya bulat, kulitnya putih gebu, mukanya 'baby face'. Fizikalnya Hawa seperti manusia biasa tapi Hawa adalah anak istimewa. Asalnya Hawa adalah anak miskin yang diangkat oleh sepasang pasangan tua. Tiada siapa yang sangka Hawa sebenarnya sudah berumur 24 tahun. Umurnya disorok disebalik muka 'baby face'nya. Hawa tahu ibubapanya adalah ibubapa angkat. Hawa tahu ibubapanya yang menjaganya sejak bayi. Hawa juga tahu mereka sudah sangat tua untuk kesana kemari. Jadinya, Hawa lah yang membawa mereka ke kedai, kelas agama, masjid.  Hawa juga tahu mereka penat seharian bekerja jadinya Hawa belajar mengurut dari orang lain untuk mengurut ibubapanya. Apa yang Hawa tahu adalah pagi ke kelas mengaji, mnghntr ibu bapanya kemana mereka mahu dan lewat malam setelah ibubapanya bekerja, mengurut mereka.

PERISTIWA 3
Hidungnya mancung, matanya coklat, kulitnya putih, tinggi lampai. Tiada sesiapa sangka, Bad adalah anak Autism. Keistimewaan Bad adalah cepat menghafal tempat dan muka orang. Bad bukan datang dari keluarga yg senang. Mak Bad surirumah, ayah Bad pemandu lori. Bad anak pertama, Bad masih ada adik2 yang bersekolah. Disebabkan keistimewaan yang Bad ada, Bad telah diupah untuk angkat dan susun barang di supermarket. Bad tahu saja perkakas ini diletakkan di almari sini dan sana. Hasil gaji bulanan Bad dikumpul. Ibunya dapat memulakan perniagaan sendiri hasil dari titik peluh Bad. Terima kasih pada Bad, keluarganya kini sudah punya pendapatan lebih.

PERISTIWA 4
Fizikalnya ramai sedia maklum, Zahiruddin adalah anak Autism. Kelebihannya adalah pada menghafal. Jalannya ke kelas atau ke kafe selalunya berseorangan tapi di setiap langkahnya kemana mana, bibirnya basah menyebut kalam Allah. Sehingga kini aku masih malu dengannya. Ramai yang akalnya sempurna sering mempersendakannya tapi kalian tidak tahu, mana tahu diakhirat nanti dia lah yg dapat perlindungan dari alQuran nya itu, mendapat naungan istimewa dari Allah. Ada sahaja teman-teman yang membantunya, moga yang membantu Zahir itu ikhlas kerana Allah.

          Wahai anak istinewa! Sewaktu kalian kecil ibu bapamu sudah berpenat lelah membanting tulang menjagamu di dunia, moga diakhirat sana syurga buat ibu bapamu.

          Wahai anak sempurna! Dimanakah kalian? Adakah kalian masih dibuai kesenangan dunia sehingga kalian lalai? Adakah kalian bisa berjalan sambil membaca ayat Quran tanpa melihat al-Quran? Seharian kehidupan anak istimewa ini hanyalah tahu membantu keluarga dan ibu bapa, taat pada agama. Adakah kalian anak sempurna bisa melakukan itu kepada ibu bapamu setiap hari?  Adakah kalian para lelaki masih bisa ke masjid pada awal waktu setiap 5 waktu?
 
          Kita insan yang Allah kurniakan akal kesempurnaan, gunakanlah pada jalan kebaikan. Jadikan akal sempurna ini biasa mengubah diri kita dan sekeliling kita. Moga di kehidupan yang seterusnya kau tidak menyesal dengan kehidupan disini.

No comments:

Post a Comment